BHN2: Sagu Pewarna 1 tin susu cair 2 sudu gula Melaka 1 ketul gula merah 1 helai daun pandan Secubit garam 1/2 tin susu utk sukat air Isi jagung CARA2: 1. Masak sagu sehingga kembang. 2. Cuci sagu dan letak pewarna & biarkan selama 20 minit & selepas tu cuci lalu bawah air paip je supaya susu tidak bewarna. 3. Untuk kuah, masukkan susu cair, air (sukat pakai tin susu cair tu juga), gula merah, gula melaka, daun pandan, jagung & garam. Biarkan masak seketika. 4. Akhir sekali campurkan kuah susu & sagu tu. *TIPS SAGU* 1. Pastikan air betul-betul mengelegak baru masukkan sagu, kalau tidak nanti hancur dan hilang. 2. Jangan basuh sagu, kalau basuh nanti hancur. 3. Kacau setiap 5 minit supaya sagu tidak berketul. 4. Cuci sagu pada air paip & masukkan ke dalam bekas berisi air paip supaya tidak melekat. 5. Selepas warna, biarkan dalam 20 minit supaya warna melekat & cuci kembali sagu se...