KEK PANDAN CHEESE MELELEH


BAHAN-BAHAN:
1 CAWAN GULA
3 BIJI TELUR
1 SUDU BESAR OVELETTE
1/2 CAWAN MINYAK MASAK
1/2 CAWAN SUSU CAIR
1/2 PENUTUP PEWARNA HIJAU
1 PENUTUP BESAR PERISA PANDAN (BOLEH DITUKAR KEPADA PERISA YG LAIN}
2 CAWAN TEPUNG GANDUM
1 SUDU TEH BAKING POWDER

CARA-CARA:
1. PUKUL GULA, TELUR DAN OVELETTE SAMPAI GEBU DAN BERWARNA PUTIH. 
P/S : SAYA PREFER GUNA BLENDER SEBAB NK CEPAT.


2. MASUKKAN MINYAK MASAK, SUSU CAIR, PEWARNA HIJAU DAN PERISA PANDAN. PUKUL LAGI HINGGA SEBATI.
3. MASUKKAN TEPUNG GANDUM DAN BAKING POWDER. PUKUL SEKEJAP TAPI JANGAN LAMA.


4. MASUKKAN ADUNAN KE DALAM LOYANG YG DAH DIALAS DAN KUKUS SELAMA 30 MINIT MENGGUNAKAN API SEDERHANA. PASTIKAN AIR TELAH MENDIDIH SEBELUM MEMASUKKAN KEK. TUTUP LOYANG DGN ALUMINIUM.


5. SELEPAS KEK MASAK, TUNGGU KEK SEHINGGA BETUL2 SEJUK.
5. POTONG ATAU BELAH KEK KEPADA SEPARUH DAN SAPU CREAM CHEESE DIATASNYA. LETAK KEMBALI KEK SEBELAH LAGI YG TELAH DIPOTONG TADI DAN SAPU CREAM CHEESE KESELURUHAN DIATASNYA. TABURKAN COLKAT RICE DI ATASNYA.








BAHAN-BAHAN CREAM CHEESE:
250GM CREAM CHEESE
SUKU CAWAN SUSU CAIR
1/2 CAWAN SUSU PEKAT MANIS

CARA-CARA:
1. SATUKAN SEMUA BAHAN DAN PUKUL HINGGA GEBU.


2. SETELAH DIHIAS KEK DENGAN CREAM CHEESE, SIMPAN SEKETIKA DLM PETI SEJUK SBLM MAKAN.


 


Comments

Popular posts from this blog

AYAM MASAK KICAP DAUN KARI CHE WAN

KORDIAL PERISA STRAWBERRY

MY BFF NAIK PELAMIN PART II.