ASAM PEDAS JOHOR CHE WAN

BHN2:

1 ulas bawang putih *
1 ulas bawang merah kecil *
1 inci halia *
1 inci kunyit *
3 sudu cili mesin
Segenggam daun kesum
1/2 cawan air asam jawa
1/2 cawan air
Sedikit serbuk perasa
Sedikit garam
2 batang bendi
1 biji tomato belah empat / 4-5 biji tomato kecil
2 helai asam keping
3 ekor ikan termenung / ikan merah

CARA2:

1. Bawang putih, bawang merah kecil, halia & kunyit ditumbuk. Bubuh air sikit bg dia keluar dr lesung dan masukkan dlm mangkuk asing. Masukkan cili mesin ke dalam mangkuk td dan gaulkan sebati.
2. Panaskan minyak lebih sikit. Kalau minyak sedikit tu cepat hangit periuk.
3. Masukkan cili dalam mangkuk td ke dalam periuk dan tumis sampai keluar minyak.
4. Tutup periuk dgn tudung periuk sikit utk kurangkan percikan yg menyucuk hidung.
5. Masukkan segenggam daun kesum dan kacau lagi.
6. Dah keluar minyak, kacau sikit lagi sampai mengelegak.
7. Masukkan air asam jawa dan air. Kacau2.
8. Masukkan serbuk perasa dan garam.
9. Masukkan bendi dan tomato. Kacau lg.
10. Masukkan asam keping.
11. Maasukkan ikan termenung / ikan merah. Kacau lg. Adjust tambah air kalau nk bg asam pedas berkuah. Siap utk dihidang.

Comments

Popular posts from this blog

AYAM MASAK KICAP DAUN KARI CHE WAN

KORDIAL PERISA STRAWBERRY

MY BFF NAIK PELAMIN PART II.