IKAN BILIS KENTANG TUMIS SUHUN


BAHAN2:

4 biji kentang (besar) dipotong serong nipis dan goreng

5-6 sudu besar ikan bilis digoreng

1 ikat suhun direndam dahulu utk lembutkan

1/2 ulas bawang besar dipotong nipis

4 ulas bawang putih diketuk

1 tangkai cili merah dipotong

1 tangkai cili padi dipotong serong

2 tangkai daun kari

1 sudu besar sos tiram

2 sudu besar kicap manis

Sedikit serbuk perasa Maggi

1/2 sudu kecil serbuk lada hitam 

1/2 sudu kecil serbuk kunyit


CARA2:

1. Tumiskan bawang putih dan bawang merah sehingga keperangan.


2. Masukkan daun kari, cili merah dan cili padi. Biar masak seketika.


3. Masukkan sos tiram dan kicap manis. Kacau sehingga sebati.

4. Masukkan suhun, serbuk perasa, serbuk lada hitam dan kunyit. Gaul rata.



           5. Masukkan kentang dan ikan bilis. Masak sehingga gaul rata dan sedikit kering.




Sumber : Facebook Nurul Ateekahke

Comments

Popular posts from this blog

AYAM MASAK KICAP DAUN KARI CHE WAN

KORDIAL PERISA STRAWBERRY

MY BFF NAIK PELAMIN PART II.