KEK PANDAN KAMPUNG
Bahan2:
5 biji telur gred B
1 cawan gula halus (kalau suka manis blh tambah)
1 sb ovelette
1/2 cawan santan pekat Kara
Sedikit pewarna hijau epal
Sedikit perisa pandan
*1 1/2 cawan tepung gandum
*1 sk baking powder
*1/2 cawan tepung jagung
200g buttercup (dicairkan)
CARA2:
1. Cairkan buttercup dan biar sejuk seketika.
2. Masukkan kesemua bahan2 dan pukul dgn mixer smpai gebu.
3. Masukkan buttercup yg telah dicairkan td dan kacau guna senduk sampai sebati.
4. Gunakan periuk bertutup, lapikkan pelapik besi di dalam periuk. Kemudian, letakkan loyang kek di atasnya. Tuang adunan yg dh dipukul tadi ke dlm loyang. Tutup sedikit dgn alumunium foil utk elakkan sekiranya ada air wap jatuh.
5. Bakar dgn api sederhana kecil sehingga 45 minit.
Sumber : Facebook Azrina Rinake
Comments
Post a Comment