KUIH KETAYAP



BHN2 (KULIT):

2 cawan tepung gandum
2 cawan air
7 helai daun pandan (dikisar dan ditapis)
1 biji telur
3 sudu makan minyak
1 sudu teh pewarna hijau
Sedikit garam

CARA2:

1. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk. Kacau sebati dan tapiskan.
2. Panaskan kuali dan sapukan sedikit minyak.
3. Tuangkan sesenduk adunan ke dalam kuali dan lenggang2kan supaya adunan rata dan nipis.
4. Apabila masak, angkat dan letakkan di atas tudung periuk.
5. Letakkan inti di tengah2. Lipatkan bahagian kiri dan kanan, kemudian gulung ketayap kemas2.

BHN2 B (INTI):

1 cawan kelapa parut muda
1/2 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan air

CARA2:

1. Masukkan semua bahan inti ke dalam periuk.
2. Masak dia atas api sederhana dan kacau sehingga sebati dan lembap.
3. Angkat dan sejukkan.








Comments

Popular posts from this blog

AYAM MASAK KICAP DAUN KARI CHE WAN

KORDIAL PERISA STRAWBERRY

MY BFF NAIK PELAMIN PART II.