SAGU GULA MELAKA
BHN2:
Sagu
Pewarna
1 tin susu cair
2 sudu gula Melaka
1 ketul gula merah
1 helai daun pandan
Secubit garam
1/2 tin susu utk sukat air
Isi jagung
CARA2:
1. Masak sagu sehingga kembang.
2. Cuci sagu dan letak pewarna & biarkan selama 20 minit & selepas tu cuci lalu bawah air paip je supaya susu tidak bewarna.
3. Untuk kuah, masukkan susu cair, air (sukat pakai tin susu cair tu juga), gula merah, gula melaka, daun pandan, jagung & garam. Biarkan masak seketika.
4. Akhir sekali campurkan kuah susu & sagu tu.
*TIPS SAGU*
1. Pastikan air betul-betul mengelegak baru masukkan sagu, kalau tidak nanti hancur dan hilang.
2. Jangan basuh sagu, kalau basuh nanti hancur.
3. Kacau setiap 5 minit supaya sagu tidak berketul.
4. Cuci sagu pada air paip & masukkan ke dalam bekas berisi air paip supaya tidak melekat.
5. Selepas warna, biarkan dalam 20 minit supaya warna melekat & cuci kembali sagu selepas itu supaya kuah susu tidak berwarna.
6. Pastikan penapis dicuci selepas tos sagu, kalau tidak nanti sagu melekat dekat penapis.
Sumber : Facebook Nur Aqilah Jufri
Comments
Post a Comment