Posts

Showing posts with the label KUPI2 DR FB

IKAN BILIS KENTANG TUMIS SUHUN

Image
BAHAN2: 4 biji kentang (besar) dipotong serong nipis dan goreng 5-6 sudu besar ikan bilis digoreng 1 ikat suhun direndam dahulu utk lembutkan 1/2 ulas bawang besar dipotong nipis 4 ulas bawang putih diketuk 1 tangkai cili merah dipotong 1 tangkai cili padi dipotong serong 2 tangkai daun kari 1 sudu besar sos tiram 2 sudu besar kicap manis Sedikit serbuk perasa Maggi 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam  1/2 sudu kecil serbuk kunyit CARA2: 1. Tumiskan bawang putih dan bawang merah sehingga keperangan. 2. Masukkan daun kari, cili merah dan cili padi. Biar masak seketika. 3. Masukkan sos tiram dan kicap manis. Kacau sehingga sebati. 4. Masukkan suhun, serbuk perasa, serbuk lada hitam dan kunyit. Gaul rata.            5. Masukkan kentang dan ikan bilis. Masak sehingga gaul rata dan sedikit kering. Sumber : Facebook Nurul Ateekah ke Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

KEK PANDAN KAMPUNG

Image
  Bahan2: 5 biji telur gred B 1 cawan gula halus (kalau suka manis blh tambah) 1 sb ovelette 1/2 cawan santan pekat Kara Sedikit pewarna hijau epal Sedikit perisa pandan *1 1/2 cawan tepung gandum *1 sk baking powder *1/2 cawan tepung jagung 200g buttercup (dicairkan) CARA2: 1. Cairkan buttercup dan biar sejuk seketika. 2. Masukkan kesemua bahan2 dan pukul dgn mixer smpai gebu. 3. Masukkan buttercup yg telah dicairkan td dan kacau guna senduk sampai sebati. 4. Gunakan periuk bertutup, lapikkan pelapik besi di dalam periuk. Kemudian, letakkan loyang kek di atasnya. Tuang adunan yg dh dipukul tadi ke dlm loyang. Tutup sedikit dgn alumunium foil utk elakkan sekiranya ada air wap jatuh. 5. Bakar dgn api sederhana kecil sehingga 45 minit. Sumber : Facebook Azrina Rina ke Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

ROTI JOHN

Image
BHN2: Roti john/roti oblong (belah tengah) Daging kisar ramly (daging burger pon ok) Bawang merah Cili merah Cili api 2-3 biji telur Planta Sos cili Mayonis Thousand island Sayuran : timun, kubis Sedikit garam CARA2: 1. Satukan telur, daging, bawang hiris, cili hiris dan juga garam. Ketepikan. (nak goreng dulu daging tu pun boleh) 2. Sapu roti dengan planta. Ketepikan. 3. Sapu kuali dengan sedikit planta, masukkan daging tadi dan biarkan daging itu sampai masak. 4. Tekapkan roti tersebut di atas daging tadi. Biarkan sekejap baru diterbalikkan. 5. Bila dah masak, baru angkat dan letak sayur dan sos yg ada. Siap dipotong. Sumber : Facebook  Tengku RosElyza Raja Muhammad  Koleksi Resepi Siim

UDANG MASAK HALIA

Image
BHN2: Udang saiz sederhana (dibuang kulit) 3 ulas bawang merah (dihiris) 3 ulas bawang putih (dihiris) 2cm halia (dipotong kecil) 4 sudu sos tiram 1 sudu sos cili Garam dan gula Minyak CARA2: 1. Goreng udang sederhana masak. 2. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga naik bau. 3. Kemudian masukkan udang yang telah digoreng. 4. Masukkan sos tiram dan sos cili. 5. Akhir sekali, masukkan garam dan gula secukup rasa. Sumber  https://www.ciklaili.com

JAGUNG CAWAN

Image
BHN2 : Jagung secukupnya  2-3 sudu kecil susu pekat (jangan manis sangat sebab rasa jagung semula jadi dah manis)  1 sudu kecil butter  Sedikit garam  Sedikit mayonis   CARA2: 1. Kukus jagung sehingga masak. Nak rebus pun boleh tapi guna sedikit air dan rebus sehingga air kering.  2. Panaskan kuali (api paling kecil) dan cairkan butter.  3. Masukkan jagung yang telah dikukus atau rebus. Tapi kalau jagung tu masih panas boleh mix kan semua bahan dalam mangkuk je. 4. Tambahkan sedikit garam, susu dan gaulkan.  5. Kalau nak lebih special, tambahkan sedikit mayonis atau pun cheese.  6. Kacau dan gaul sebati. Siap. 7. Boleh la masukkan dalam cawan tapi xda cawan, mangkuk kecil pon bolehlah dan sedia dimakan. Sumber :  http://kisahkita-story.blogspot.com/

CUCUR UDANG

BHN2: 1 pek tepung Adabi (cucur udang) 1/2 cawan tepung beras Segenggam tauge Kucai dihiris seinci Udang dicincang Lobak merah dihiris halus Bawang besar dipotong dadu Cili merah dipotong kecil2 CARA2: 1. Gaul semua bahan dgn air sejuk. Agak2 jgn cair sgt. Masukkan air sikit2. 2. Garam xpayah masuk sebab tepung ni dh masin. 

BUNGA KANTAN GORENG PEDAS

Image
BHN2: Bunga kantan potong nipis, jangan kasar sangat Ikan bilis goreng rangup Bawang merah, putih dan cili api ditumbuk CARA2: 1. Goreng ikan bilis dulu sampai rangup. 2. Tumis bawang yg dah ditumbuk sampai naik bau. Letak asam keping sikit. Letak perasa dan garam sedikit shj. Jangan banyak garam, sebab ikan bilis dh masin. 3. Dh naik bau, masukkan bunga kantan td. 4. Bila bunga kantan dh layu, lembut sikit, masukkan ikan bilis goreng td. 5. Tutup api n siap utk dihidang.

AGAR-AGAR LUMUT

Image
BHN2: 30 gram agar² tali 2 biji telur 1 kotak kecik santan kara 1 cwn rata gula 5 helai daun pandan yg diblend dgn 1cwn air 2 cwn air 1 sudu kecik pewarna hijau CARA2: 1. Masak agar² dgn 2 cwn air hingga larut. 2. Blend telur bersama santan ketepikan.  3. Masukkan air daun pandan dan gula. Kacau hingga gula larut. 4. Masukkan perwarna hijau dan santan yg diblend, perlahankan api. 5. Tunggu hingga menggelegak naik kepala santan kacau dan tutup api.  6. Tuang dlm loyang yg dibasahkan masa masih panas. Biarkan keras sikit br masukkan dlm peti ais. Sumber : Facebook  Saya Suka Masak

SAGU GULA MELAKA

Image
BHN2: Sagu Pewarna 1 tin susu cair 2 sudu gula Melaka 1 ketul gula merah 1 helai daun pandan  Secubit garam 1/2 tin susu utk sukat air Isi jagung  CARA2: 1. Masak sagu sehingga kembang. 2. Cuci sagu dan letak pewarna & biarkan selama 20 minit & selepas tu cuci lalu bawah air paip je supaya susu tidak bewarna. 3. Untuk kuah, masukkan susu cair, air (sukat pakai tin susu cair tu juga), gula merah, gula melaka, daun pandan, jagung & garam. Biarkan masak seketika. 4. Akhir sekali campurkan kuah susu & sagu tu. *TIPS SAGU* 1. Pastikan air betul-betul mengelegak baru masukkan sagu, kalau tidak nanti hancur dan hilang. 2. Jangan basuh sagu, kalau basuh nanti hancur. 3. Kacau setiap 5 minit supaya sagu tidak berketul. 4. Cuci sagu pada air paip & masukkan ke dalam bekas berisi air paip supaya tidak melekat. 5. Selepas warna, biarkan dalam 20 minit supaya warna melekat & cuci kembali sagu se...

APAM BALIK

Sumber : Facebook  ‎ Rosmasuzana Ir

PUDING KARAMEL

Image
BHN2: CARA2: 1.  Hanguskan 5 sudu makan gula terlebih dahulu ..Guna api sederhana ..Jangan sampai hangit nanti pahit tak sedap ..Bila gula dah cair masuk air panas 10 sudu ..Masak sampai gula sebati & hancur ..Tutup api masukkan air gula tadi dalam loyang sejukkan ..Nak buat karamel ni perlukan kesabaran sikit ye  😙 2.Kepuk manja2 telur sampai jadi macam ni 3.Pastu masukkan bahan lain & kacau sebati ..Tapis adunan terlebih dahulu ..Tuang adunan dalam loyang dan kukus selama 30 minit ..Pastikan loyang tutup bagi mengelakkan wap air masuk masa kukus . Dah siap sejukkan & simpan dalam peti ais sekejap baru boleh terbalikkan ..Kalau terbalik masa tengah panas nanti dia akan pecah ..Selamat mencuba Sumber : Facebook  ‎ Siti Norazliana Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

ROTI JALA

Image
BHN2: 2 cawan tepung gandum 2 cawan air 2 sudu besar minyak masak 1 biji telur Secubit garam Pewarna makanan 1.   Dalam mangkuk, masukkan semua bahan kecuali pewarna kuning. Kacau sedikit semua bahan. 2. Kalau anda rajin boleh kacau guna whisk sampai semua sebati. Kalau kurang rajin, boleh la kisar semua bahan guna blender dan titikkan pewarna kuning. 3. Masukkan adunan tepung ke dalam botol muncung 3. Beli botol yg muncungnya tidak berlubang, kita perlu potong muncung tu sendiri. Potong sedikit sahaja hujung muncung. 4. Kirai roti jalan dalam kuali. Boleh kirai ikut selera sendiri sama ada suka kira jalanya bulat atau segi 4 macam ni. 5. Lipat dan gulungkan jalanya.                                              Roti jala bunga telang + Kuah durian . Untuk dapatkan warna biru, ramas bunga t...