Posts

Showing posts from August 30, 2015

JAMUAN RAYA DI CLS FURNITURE 2015

Image
Jamuan raya di tempat kerja. Happening sgt. Syok tgk sume org mkn. Juadah aku sediakan lontong. Sekian.

BIRTHDAY AH CHONG N KALAI SELVAN

Image
Tarikh x ingat sudah. Tetapi sekitar bulan Jun. 2 orang ni adalah rakan sekerja aku. Dua - dua sekolah di sekolah yang sama. umur pun sama Kek angry bird.

PIZZA ROTI

Image
  Ok oleh kerana teringin nk mkn pizza n xde sape nk teman g pizza, jom kita buat pizza dgn menggunakan roti. Tak la blh lwn pizza hut or domino but OK la kan dari kempunankan diri. BAHAN-BAHAN : 1. Roti Gardenia 2. Keju 3. Sosej dicelur terlebih dahulu 4. Cendawan dipotong kecil dan celur (jika ada) 5. Sos Pasta/Spaghetti (jika ada kalau xda pun pakai jelah sos biasa cap Rohaya/Mudim/Life and so on ke) 6. Bawang Merah potong halus 7. Cili besar potong halus 8. Oregano Leaves (jika ada) 9. Parsley Leaves (jika ada) 10. Olive Oil (Sapukan sedikit pada kuali pemanggang) tapi aku xpakai pun minyak. Cara-cara  1. Sapu roti dengan sos pasta/spaghetti atau sos biasa,  2. Kemudian letak semua bahan-bahan yang telah dipotong tadi, susun mengikut citarasa sendiri, barulah letakkan keju diatasnya dan bakar dengan api sederhana. 3. Untuk permulaan proses memasak, jangan tutup pemanggang ajaib tu, biarkan selama 2 mini...

HARI RAYA AIDILFITRI 2015

Image
Raya aidil fitri 2015 disambut sederhana oleh umat islam. Begitu juga aku. Berikut gambar raya 2015 untuk kenangan di hari2 mendatang. Huhu..kurusnya den. Menanti kehadiran orang ketiga depa ni. Alhamdulillah. Selfi first sebelum menyambut tetamu. Ni raya pertama sebenarnya. Selfie lagi Sila abaikan parut jerawat tuh! huhuk! Sekian.

TOM YAM CHE WAN

Image
BHN2 : Ayam - potong kecil Makanan laut (udang, sotong) jika ada 1 labu bawang besar 5 ulas bawang putih-di ketuk 2 batang serai - di ketuk 6 helai daun limau purut 2 biji buah tomato - belah 4 tomyam pes 2 biji limau nipis 6 biji cili padi-di belah dua Garam Sayuran: Bunga kubis Kubis Karot Anak jagung CARA2 : 1. Rebus ayam beberapa minit. 2. Rebus lobak merah beserta ayam tadi.  3. Masukkan bawang putih, daun limau purut dan serai  4. Masukkan cili padi 5. Bila sudah sebati mendidih, masukkan sayur sayuran. 6. Kemudian masukkan pes tom yam seperti gambar di atas. 7. Kemudian masukkan bawang. 8. Kemudian perahkan limau nipis dan masukkan garam secukup rasa. 9. Biar seketika dan siap untuk dihidangkan. Sekian.

KENDURI SEPUPU ATEH

Image
Majlis perkahwinan sepupuku di Negeri Sembilan.  1st time datang Negeri Sembilan ni.  Memang best!  Satu perkataan dapat belajar di N9 ni,  iaitu Tolo. Alkisahnya masa ondeway nk ke dewan majlis perkahwinan diorang. ternampak kedai tepi jalan yg bertulis tolo sepapan rm6 Puas fikir pebende tolo tu.. adakah ia salah eja toto? rupanya telur. atau bahasa utara teloq. Oooohhhhh.... Sekian.