ROTI JALA

BHN2:

2 cawan tepung gandum
2 cawan air
2 sudu besar minyak masak
1 biji telur
Secubit garam
Pewarna makanan

1.  Dalam mangkuk, masukkan semua bahan kecuali pewarna kuning. Kacau sedikit semua bahan.



2. Kalau anda rajin boleh kacau guna whisk sampai semua sebati. Kalau kurang rajin, boleh la kisar semua bahan guna blender dan titikkan pewarna kuning.


3. Masukkan adunan tepung ke dalam botol muncung 3. Beli botol yg muncungnya tidak berlubang, kita perlu potong muncung tu sendiri. Potong sedikit sahaja hujung muncung.


4. Kirai roti jalan dalam kuali. Boleh kirai ikut selera sendiri sama ada suka kira jalanya bulat atau segi 4 macam ni.


5. Lipat dan gulungkan jalanya.











                                             Roti jala bunga telang + Kuah durian .
Untuk dapatkan warna biru, ramas bunga telang dgn air panas dan kemudian tapis untuk dapatkan airnya.




Sumber : Facebook Najwa Abd Razak

Comments

Popular posts from this blog

AYAM MASAK KICAP DAUN KARI CHE WAN

KORDIAL PERISA STRAWBERRY

MY BFF NAIK PELAMIN PART II.