SPAGHETTI CARBONARA
Bahan - Bahan :
Minyak zaitun / Minyak Masak
Bawang merah dan bawang putih (dipotong dadu)
Lada hitam
1 kotak susu segar
1 botol sauce carbonara mushroom
Daging / Daging burger / sosej / ayam
Garam
1 paket spaghetti
Cara-Cara :
1) Panaskan minyak, tumis bawang putih. Bila dah agak
garing, masukkan daging. Kacau-kacau sampai daging hancur.
2) Bila dah hancur, masukkan sauce carbonara
mushroom. Masukkan sedikit lada hitam, bila bau dah mula naik, curahkan susu segar. Agak-agak sahaja dan kacau seketika.
3) Seterusnya, masukkan ayam / daging / sosej / daging burger. Tunggu sampai ia mereneh dan tutup api.
4) Spaghetti direbus dengan sedikit garam dan minyak hingga lembut. Toskan
5) Apabila siap, tuangkan kuah ke atas spaghetti yang diletak di dalam pinggan.
Comments
Post a Comment