STARKET KIT IKAN LAGA
Salah satu hobi aku di waktu lapang adalah membela ikan laga atau nama saintifiknya Betta Fish.
Hobi ni bermula setelah rakan rapatku membela ikan laga yg nampak mcm best ja.
Kajian Dilansir Tonic Vice membuktikan bahawa tekanan darah dan denyutan nadi dapat dikawal dengan hanya melihat ikan berenang selama 10 minit saja.
Lagipon aku mmg xda bela apa2 pet lngsng.
Nak bela kucing, mak aku xsuka.
Kalau dia xsuka, sapa nk jaga nnti masa aku pergi kerja. Hehehe.
Sekurang2nya ada pet ni, ada aktiviti nk buat selain blh tenangkan fikiran.
Mula2 aku pon xpandai, setelah rakan rapatku ajar, bru taw cmna cara dia.
Jom, kita check apa kelengkapan yg perlu kita ada utk bela ikan laga:
1. Balang Ikan
Penting utk ada balang ikan, sblm kita beli ikan hiasan ni. Balang ni umpama rumah utk ikan. Balang mcm ni aku beli di Shopee n bersaiz sederhana serta mahal sedikit lah. My advice, kalau nak beli balang better beli yg besar sedikit kerana balang yg kecil blh menjejaskan kualiti air dan seterusnya membantutkan tumbesaran ikan.
Yg ni pulak, aku beli di kedai biasa ja n size agak kecil. Harga pon murah ja n balang biasa ja. Balang ikan ni jgn dicuci dgn sabun, sbb bahan chemical yg ada pada sabun mngkin membahayakan n memudaratkan ikan kita.
2. Batu Hiasan
Batu hiasan ni terpulang samada nak bubuh atau x tp digalakkan bubuh supaya emosi ikan dpt dikawal. Batu yg aku beli ni dari kedai DIY. Batu dia senang dibersihkan n maintain kaler serta licin dibandingkan batu2 putih. Batu2 putih senang luntur kaler dia dan seterusnya jadi kekuningan n bersergai2 sikit. Kalau nk letak hiasan lain pon blh spt pasir atau kayu. Ikan akan selesa n kurang stress dgn keadaan semulajadi seolah2 dia hidup dlm habitatnya.
3. Lampu LED
Lampu LED ni just option shj, xmau boh pon xpa. Aku beli di Shopee, 3 pcs kaler biru, hijau n merah. Fungsi lampu ni hanya sbg hiasan shj. Bila tutup lampu n dlm keadaan gelap, amat cantik bercahaya. Tp tidak digalakkan buka sepanjang masa kerana akan memanaskan n ikan menjadi stress.
Bila on lampu jadilah ia bercahaya. Aku pakai lampu LED ja dulu sbb kekurangan plug di rumah aku. Hehehehe.
4. Makanan Ikan
Makanan ni aku dpt percuma masa beli ikan laga biru tu. Makanan ikan juga penting utk tumbesaran ikan. Jumlah kuantiti makanan yg diberikan kpd ikan kenalah sedikit sbb ikan laga xmkn byk. Kalau ikan mkn byk, akan mengalami perut kembung. Bila mknan byk dlm perut dia, gas toksik terhasil dlm perut dan akan menyebabkan penyakit. Jika makan yg tidak dimakan terbiar akan menghasilkan kualiti air yg kotor.
Yg ni aku beli di kedai biasa atau di kedai haiwan. Harga pon murah ja RM2.20. Makanan ni sesuai utk ikan merah aku tu sbb bila bagi makanan yg mcm dlm gmbr atas td, dia xmau mkn. Tp bila ikan biru, bg makanan mcm gmbr yg ni dia xmau mkn. So, aku fhm dh yg mana mereka suka.
5. Sudu
Fungsi sudu ni sebagai penyedok makanan ja.
6. Tumbuhan hiasan
Tumbuhan hiasan ni aku beli di kedai haiwan. Tp ikan laga yg dh arwah sblm ni suka bermain2 dgn tumbuhan hiasan ni. Dia amat suka menyorok tepi2 tumbuhan ni. Dah arwah, aku bagilah dkt ikan merah aku tu, dia xsuka dok bergaduh dgn pokok ni. So, aku terpaksa buang letak tepi.
7. Ubat anti internal bacteria
Ubat ni aku beli di kedai haiwan. Masa tu ikan yg dh arwah alami perut kembung. So aku beli titiskan sedikit dalam balang masa tukar air. Then, biarkan sekejap sblm lepaskan ikan ke dlm balang. Ubat ni mcm merawat jangkitan dan menghentikan bakteria yg ada pada ikan.
8. Ubat anti-klorin
Ubat ni aku beli di kedai biasa ja. Harga pon berpatutan. Fungsinya utk meneutralkan dan menghilangkan klorin yg ada pada air sbb aku pakai air paip biasa ja utk ikan aku. Klorin yg ada pada air xbagus utk ikan hidup dan akan menjadi racun pada ikan. Jumlah sukatan dia ikut size balang atau tangki korang.
9. Air ikan
Air ni sudah dicampur dgn ubat anti klorin dan disimpan beberapa hari sebelum digunakan utk next plak.
10. Penyedut
Penyedut ni aku beli kat kedai ikan laga dlm harga RM0.50. Fungsinya utk menyedut sisa makanan kotor yg terapung dlm air. Jika malas nak cuci balang ikan setiap hari, sedut sisa atau benda kotor yg ada utk menjaga kualiti air.
11. Bekas sisa kotor
Lepas kita sedut sisa kotor dr dlm balang ikan td, kita lepaskan dlm bekas kecil ni, kumpul dan buanglah di tempat sepatutnya. Bekas ni pon recycle ja dr tin tuna.
12. Bekas simpanan barang ikan
Bekas xwajib ada tp utk kemasan semua barang2 berkenaan ikan, kita tempatkan dalam satu bekas. Aku beli di kedai RM2 ja.
13. Bekas air
Bekas air ni tujuan dia utk tempatkan ikan sementara masa dlm tempoh cuci balang ikan. Aku beli balang ikan shopee tu dptlah sekali.
14. Daun ketapang
Daun ketapang ni bagus utk menjaga PH air, menyerap toksik, ikan jadi tenang n xstress, membunuh bakteria jahat n mencegah penyakit.
Itu shj senarai starter kit ikan laga, kalau ada lg sila komen ya.
Comments
Post a Comment