ME AS A PURCHASER
Aku bekerja sebagai Kerani Purchasing di salah sebuah company perabot since 2012 sampai sekarang. Means dah 9 tahun. Masa mula2 kerja mmg zero. Apo pun xtau.
Walaupon ada degree, bukannya belajar pon cara guna fotostat ka, fax ka, scanner ka. Semua pi kedai buat. So, bila dah masuk alam pekerjaan, kita kenalah belajar guna.
Masa mula2 kerja, aku the only one Melayu yg kerja kat ofis. Geng Melayu lain ada tp kebanyakkanya mereka di production. Mereka pon mostly lbh tua drpd aku.
Aku target kerja kat situ selama sebulan je sbb tempat kerja yg sblm drpd ni hanya bertahan setengah bulan. Hahaha...Konon2, nk pecah rekod la. Dan target aku masa tu, hanya nak bayar broadband.
Sblm tu nak cerita, masa lepas abis degree, aku menganggur dkt 2 tahun. Mintak kerja itu, x dipanggil. Apply SPA lah, SPP lah, jobstreet lah, pi amik test la, pi nterview la, semua xda harapan.
Dalam tempoh tu mmg down. Malas nak jumpa org. Hanya dunia aku dok umah. Siang tido, malam2 cucuk cable internet dr tepon umah ke laptop, pastu tunggu bunyi keriokkkk, then dpt internet.
Seronok mmg seronok tp yg xseronoknya pas 6 bulan habis belajaq mai surat PTPTN habaq suh bayaq blk pinjaman. Surat pertama, buat donno. Surat kedua pon buat donno. Mai surat ketiga, alamak dari pej. lawyer ajak kta pi court. OK, pinjam la duit mak ayah buat bayaq duit PTPTN yg pertama. Dah xkerja, mana ada duit nak bayaq. Lepas bayaq, baru PTPTN sengap. OK kta pon sengap.
Then, mak nakan ajak dok dgn dia kat KL sat selama beberapa bln. Pak nakan askar masa tu, kena pi Lubnan. Mak nakan lak, misi. Anak lepa iaitu sepupu2 masa tu kecik g. Depa xtau time bila kena bersiap pi sekolah n uruskan makan minum depa. Hujung bln mak nakan bg upah. Walaupon xbyk time tu, tp bila kumpul2 dpt la ribu2. Dh dok dgn dia, apa pon xkena bayaq. Duit mmg xguna sgt. Bila time cuti, aku pon ada masa gi melawat area2 KL. Belajar guna LRT.
Pas pak nakan blk dr Lubnan, aku pon blk kg. Sbb dh terbiasa kt umah mak nakan pakai broadband dia utk guna internet, so, berbekalkan duit upah dia, aku gi langgan broadband atas nama aku. Bila tiap2 bln bayar bil broadband, duit simpanan pon semakin nipis. So, aku nekad utk cari kerja demi internet. Internet ni aku guna utk tgk citer2 Korea, sbb masa tu mmg minat giler Korea.
Kerja pertama aku masa tu as promoter Maxis. Tp bertahan 4 hari ja sbb xpandai cakap. Yelah promoter kena pandai berkata2.
Kerja kedua aku as clerk kt kedai motor. Pon bertahan seminggu ja sbb bosan buat kerja xmencabar. Hahaha..Aku suka kerja yg memerlukan tulis bkn buat2 barang.
Kerja ketiga as clerk kt kilang padi. Pon bertahan setengah bln sbb bosan xdiberikan peluang belajar kerja2 lain. Blh dikatakan hari2 mai kerja lenggang meja. Aku smpai blh melukis mai kerja. Rakan2 sekerja lain xberani nak ajar lebih2. Mulut2 depa pon blh tahan lancangnya. So, aku nekad lari.
Kemudian, baru dpt kerja kat tempat kerja sekarang. Biarpon masa tu aku sorang Melayu, konsep aku lantaklah depa nak ckp apa bukannya faham pon. Depa pon sudi ajar aku biarpon awalnya blurr2, tp depa sabar. Bos pon beri peluang utk belajar, xda nak tendang terus klu xdpt mcm kerja Maxis tu.
Skop kerja aku di purchasing department adalah sebagai purchaser. Aku seorang yg teliti n cuba utk elakkan kesilapan masa buat kerja. Tugas purchaser adalah utk membuat order barang2 atau parts yg diperlukan untuk melengkapkan sesebuah model yg diorder oleh customer.
Berikut aku listkan apa yg aku selalu buat masa nak buat purchase order;
1. Issue breakdown.
Breakdown ni lebih kurang mcm checklist utk sesuatu model tu. Kalau kita nak buat sebuah drawer, mesti kena ada papan (papan mesti kena ada size2 n berapa kta gunakan), besi (besi kena pastikan nak guna bulat atau petak), accessories hardware (cth skru, allen key, nut n mesti tau berapa mau guna) spray (nak kaler apa mengikut kehendak customer). Apabila siap sesuatu model, nak hantar ke customer kita kenalah packing elok2 supaya xrosak barang tu masa dok dalam kapal (for export). So, kenalah order kotak atau carton mengikut size model tu. Artwork di luar kotak pon kenalah sama dgn barang. Janganlah di luar kotak tulis drawer tp dalam kotak barangnya table. Foam atau dikenali sbg gabus kena order based size juga utk protect brng dr defect. Plastic bag pon kena order based size juga utk protect brng. Semakin byk model, agar sukar utk mengingati apa yg sesuatu model tu perlukan. So kenalah bergantung dgn breakdown ni.
2. Issue purchase order checklist.
Masa ni aku akan cuba cari p/o yg terakhir sekali order utk tahu tahun bila last order. Kalau dh 2-3 tahun last order, harga pon akan berubah. Lagi satu, utk tau sesuatu model ni adalah model baru.
3. Issue purchase order (P\O).
Baru kita blh issue PO based supplier, based items. Kita blh issue PO samada gunakan sistem yg telah dibeli oleh company kita atau nak senang pakai Excel leh copy2. Hehehe..Dah siap print terus. Kalau ada item unsure draft n print recylce paperje dulu.
4. Check P/O with breakdown.
Then, check items dalam PO kita tu ada x dlm breakdown, kalau ada yg xda, kita issue PO. Kena pastikan semua ada order. Kalau x, xlengkaplah model tu utk dihantar ke customer.
5. Check quantity and details.
Kuantiti kena pastikan betul dgn customer order. Kalau item kita order kurang atau xcukup, so akan ada masalah nak keluar barang. Details cthnya kaler kena check jugak, Customer order kaler hitam, xkan la nak tulis putih plak kan. Customer order pon kena betul seperti batch la.
6. Check price and size.
Check harga n pastikan ikut harga terkini oleh supplier kerana harga akan berubah2 mengikut situasi semasa. Size pon kena pastikan betul. Kalau order salah size, xmuat cmna brng nak keluar kan.
7. Listdown in checklist.
Last sekali listdown semua no. PO yg dah issue tu dalam PO checklist supaya senang nak trace back barang yg dah order tu sampai ke belum. Lagi satu sbb senang nk tgk dh order ke belum.
OK tu saja tugas aku sebagai purchaser. Tugas lain pon ada gak tapi tunggu kalau rajin nak sambungannya....
Hehehehe...
Comments
Post a Comment