BIHUN GORENG
BHN2:
Sebungkus bihun
6 ulas bawang merah (tumbuk)
5 ulas bawang putih (tumbuk)
2 sudu besar udang kering atau kalau takdak boleh guna ikan bilis (ni rahsia rasa bihun yg sedap)
15-20 cili kering (rebus,blend..masa blend buh minyak sikit dan sedikit air, sebab apa buh minyak nak bagi biji cili kering hancur)
Sos cili
Sos tiram
Kicap Manis
Satu sudu besar cuka
Isi ayam & fishcake @ ikut suka nak buh apa
Sawi (jika suka)
Telor hancur @ telor dadar digulung dan dipotong halus
TIPS MERENDAM BIHUN
Masukkan bihun dalam besen. Masukkan air suam hingga bihun tenggelam. Part ni kena ALERT tau. Rendam dalam 3-4 Minit sahaja. Jangan lama atau cara lain nak tau dia empuk elok lembut, boleh amik try seurat tarik tarik kan kalau dia putus terus bermakna dia dah elok sempurna dah tu. Terus toskan air.
Nampak dak urat2 dia elok lembut ja bila guna air suam. Setengah orang suka rendam air sejuk. Actually boleh je rendam guna air panas atau suam. Kita kena pandai adjust kan dia. Rendam dalam air suam sebab utama nak CEPAT dan satu lagi bila nak masak nanti tak payah nak agak banyak mana air nak buh nanti dalam kuali. Sebab bila rendam air suam bihun dah elok lembut dah.
Tips :tapi kalau anda nak rendam air sejuk pun boleh ja tapi nak masak nanti pandai2 agak sendiri byk mana air nk bg dia lembut
CARA -CARA
1.Panaskan 4 sudu besar minyak masak, tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau.
2.Masukkan udang kering yang telah ditumbuk, kacau hingga bahan layu.
3.Masukkan cili kering kisar.
4.Masak hingga cili betoi2 pecah minyak macam dalam gambar.
Masukkan isi ayam
Masukkan satu cawan teh air
Masak ayam hingga mendidih
1.Masukkan 4-5 sudu besar sos cili
2.Masukkan 4-5 sudu besar kicap manis
3.Masukkan 2-3 sos tiram
4.Satu Sudu besar cuka sahaja. Jangan LEBIH. Sebab apa masukkan cuka. Salah satu petua nak bagi rasa sedap. Jangan risau tak menjejaskan langsung rasa bihun. Lagi sedap tau.
Masukkan fishcake @ fishball pun boleh jika suka
Time ni kena masukkan siap dah garam, serbuk perasa (jika suka), dan jangan lupa masukkan satu sudu besar gula nak bagi rasa jadi seimbang. Time ni kalau kata nak tambah lagi sos atau kicap manis ke, silakan. Sebab kalau dah masukkan bihun, klu tawar susah nk adjust takut tabur atas bihun, dah jadi tak sekata masin tu.
Masukkan bihun
Kalau goreng bihun, make sure kena kacau pakai dua sudip. Barulah bihun kita tak hancur. Terbalik kaup kan pakai dua2 sudip buat dengan lembut tapi dalam masa kena gagah. Kacau sekata, buka api kecik je time ni. Jgn kacau terlalu banyak kali, agak2 nampak rencah dah bersalut sekata semuanya pada bihun, bihun pun lembut sempurna, ok dah. Kemudian masukkan sawi last sekali sebab sawi cepat masak dan layu.
Kacau lagi untuk kali terakhir. Bila sawi dah layu, taburkan telor hancur tak pun boleh jugak tabor telor dadar gulung2 atau yg dipotong nipis jika suka. Bila semua bersalut elok cantik, boleh tutup api.
Akhir sekali kalau suka boleh tabur daun bawang, daun sup, cili merah besar.
Comments
Post a Comment