PERKARA PENTING YG PEMANDU WANITA KENA TAHU.

1 Nombor kecemasan

Selain nombor saudara mara dan rakan baik, anda seharusnya menyimpan nombor bantuan kecemasan syarikat insurans yang selalu diberikan dalam bentuk stiker untuk dilekatkan pada cermin kereta. Jangan tunggu bila kereta dah ‘tersadai’ di atas jalan, baru nak cari nombor penting ni!

2 Angin tayar

Tahu berapa jumlah angin yang diperlukan untuk setiap tayar. Anda boleh tengok jumlah angin tayar di bahagian sisi tempat duduk pemandu. Bukan je kena pastikan semua tayar mempunyai angin mencukupi, periksa juga tayar spare.
Tayar yang selalu kurang angin akan cepat rosak manakala tayar yang terlebih angin juga mengganggu pemanduan. Belajarlah pam dan tukar tayar, nampak macam susah tetapi sebenarnya mudah dan boleh dilakukan oleh wanita!  

3 Kenal & tahu fungsi peralatan kecemasan

Malang tak berbau, kita kenalah sentiasa bersedia menghadapi saat tak terduga. Pastikan di dalam kereta anda ada peralatan kecemasan seperti:
  • Peti pertolongan cemas
  • Tire gauge
  • Kabel jump start
  • Peralatan menukar tayar
  • Besi amaran tiga segi
  • Lampu picit.

4 Tahu buka dan tutup but kereta

Bunyi macam pelik tetapi sesetengah pemandu tidak tahu bagaimana untuk buka dan tutup. Pastikan anda tahu di mana butang untuk bukak bonet dan bagaimana untuk tutup. Semua info ini ada dalam manual pengguna.

5 Bateri

nda juga kena tahu jenis bateri dan bilakah kali terakhir ditukar. Jika bateri dah lama tidak ditukar, enjin pula semakin sukar dihidupkan, anda bolehlah bersedia dengan bateri spare. Tetapi sebelum tu, kenalah belajar cara buka dan pasang bateri ya. Penggunaan bateri berkualiti tinggi juga memberikan banyak perbezaan.

6 Cara respon bila kereta rosak di tengah jalan

Ada banyak cara yang boleh dilakukan mengikut kepada situasi yang terjadi. Jika anda berada di tengah jalan, nyalakan lampu kecemasan dan perlahan-lahan letakkan kenderaan anda di tepi. Jangan lupa letakkan besi amaran tiga segi sebagai makluman kepada pemandu lain. Paling penting, jangan panik!
Itu baru pengetahuan asas, ada banyak lagi perkara penting tentang kereta yang kita kena tahu. Ilmu nak jaga kereta ini bukan hanya untuk lelaki, golongan wanita pun tidak terkecuali dan tidak boleh ambil mudah ya.

Sumber : Sinar.my

Comments

Popular posts from this blog

AYAM MASAK KICAP DAUN KARI CHE WAN

KORDIAL PERISA STRAWBERRY

MY BFF NAIK PELAMIN PART II.