NASI AYAM


Didihkan air dalam periuk lepas tu masukkan ayam yang telah dibasuh bersih. Rebus ayam sehingga bertukar warna menjadi putih. Bila dah jadi warna putih, asingkan ayam.


Yang ni air rebusan ayam tadi. Jangan buang banyak kegunaan nanti



Bahan2 untuk nasi ayam (untuk 2 orang makan):

1. 2 ulas bawang merah
2. 2 ulas bawang putih

3. 1 inci halia
4. 2 helai daun pandan
5. 1 kiub pati ayam
6. Sedikit butter (2 - 3 sudu macam tu bergantung pada bilangan hidangan)


Bahan2 untuk ditumis:

1. Bawang merah
2. Bawang putih
3. Halia
4. Butter


1. Panaskan sedikit minyak masak
2. Cairkan butter
3. Masukkan bahan2 tadi - tumis sehingga bertukar warna
4. Masukkan tumisan ini di dalam periuk nasi yang berasnya sudah dibasuh. Selepas itu boleh letak daun pandan, kiub ayam & sedikit serbuk kunyit untuk warna nasi kuning


Setelah bahan2 tadi digaul, letak dalam rice cooker boleh lah tekan masak.


Bahan2 untuk sambal:

1. 1 cili besar
2. 7 ulas cili padi (lebihkan kalau nak lagi pedas)
3. 1 biji tomato
4. 3 senduk air rebusan ayam


1. Potong bahan2 sebelum dimasukkan dalam blender
2. Masukkan 3 senduk air rebusan ayam
3. Blender sehingga sebati & hancur


1. Cili yang di blend tadi dimasak di atas dapur
2. Campurkan gula, garam, air, sedikit cuka
3. Season to taste
4. Masak sehingga sedikit pekat lepas tu tutup api


Bahan2 untuk perap ayam:

1. Kicap manis
2. Sos tiram

3. Madu

Gaul semua bahan2 di atas bersama dengan ayam yang direbus tadi. 

Bila dh sebati perap selama 1 jam. Kadang2 bila nak cepat perap selama 30 minit pon dah ok tapi lagi lama perap lagi best.



Kicap perapan tu jangan dibuang. Tuangkan dalam mangkuk sebab ianya akan diguna untuk makan bersama nasi nanti.


Panaskan minyak sehingga betul2 panas. Slowkan api then masukkan ayam yang diperap tadi. Goreng dalam 3 - 5 minit macam tu. Bila ayam dah bertukar warna koko angkat lah ia nanti hangit pulak kalau lama2.


Sup ayam:

1. Air rebusan ayam tadi
2. Sup Bunjut
3. 1 kiub ayam
4. Sedikit garam
5. Season to taste


Rupe bila ayam tu dah siap digoreng


Rupa sup ayam, sambal & kicap

Sumber : Facebook Rozlyn Farah Diana

Comments

Popular posts from this blog

AYAM MASAK KICAP DAUN KARI CHE WAN

KORDIAL PERISA STRAWBERRY

MY BFF NAIK PELAMIN PART II.