KENTANG PUTAR DGN KUAH BLACKPEPPER ISTIMEWA


BHN2:

5 biji kentang saiz sederhana
3 sudu makan butter cair (Panaskan dlm kuli hingga ianya mencair)
Secubit garam
1/2 sudu teh serbuk lada hitam

CARA2:

1. Kupas, potong dan bersihkan ubi kentang. Rebus / kukus sampai empuk.
2. Toskan dan lenyek ketika masih panas.
3. Masukkan butter cair, garam, lada hitam.
4. Kacau sebati dan pastikan kentang dilenyek halus.

BHN2 KUAH BLACPEPPER:

2 sudu makan tepung gandum
2 sudu makan butter
1 biji bawang merah besar India yg telah dikisar
Setengah kiub ayam
3 sudu makan sos lada hitam
Secubit garam
Air (Ikut kepekatan kuah yg anda mahu)
Kicap manis (Ikut tahap gelap kuah yg anda mahu)

CARA2:

1. Panaskan butter dan tumis bawang kisar hingga naik bau dan masak sepenuhnya utk elakkan rasa bawang.
2. Dalam satu bekas yg lain, kacau tepung dan air hingga sebati.
3. Masukkan dalam periuk dan kacau hingga mendidih. Guna api sederhana shj.
4. Masukkan sos lada hitam, kicap, kiub ayam, garam dan sedikit air jika pekat.
5. Biarkan mendidih dan adjust sekiranya masih pekat dan kurang rasa. Tambar air sedikit demi sedikit. Siap.


Comments

Popular posts from this blog

AYAM MASAK KICAP DAUN KARI CHE WAN

KORDIAL PERISA STRAWBERRY

MY BFF NAIK PELAMIN PART II.