SHELLOUT SIPUT BAYAM
BAHAN - BAHAN:
1. SEAFOOD
Siput Bayam
Ketam
Ketam
Udang Harimau
Sotong
Lala
Kupang
(Kuantiti ikut suka. Bersihkan dan rebus semua asing-asing)
2. SAYUR-SAYURAN
Jagung Manis
Kentang
Lobak Merah
Bunga Kobis
Broccoli
(Semua direbus)
3. BAHAN KISAR A
Cili kering – 20 tangkai.
(Buang biji dan rebus. Blender dengan air dan sedikit minyak)
4. BAHAN KISAR B
2 labu bawang besar
10 – 15 biji bawang merah
2 labu bawang putih
1 inci halia
1 inci belacan
Segenggam udang kering yang direndam
(Blender semua dengan air)
5. BAHAN2 TUMIS
6 ulas bawang putih – dihiris
6 biji bawang merah – dihiris
Seinci halia – dimayang halus
5 tangkai daun kari
10 biji cili padi (Kalau taknak letak or nak tambah kuantiti pon boleh)
Minyak
Buttercup
6. BAHAN PERASA
Serbuk kari ikan
Sos Tiram
Sos Ikan
Gula
Black pepper
Kiub pati ayam
CARA - CARA:
- Panaskan sedikit minyak & buttercup dalam setengah bar . Tumis semua bahan2 tumis sampai naik bau and garing-garing manja. Lepas tu, masukkan pulak Bahan Kisar B sampai garing. Kemudian, masukkan Bahan Kisar A. Tambah air secawan sampai la cili tu pecah minyak sebagai tanda dh masak.
- Lepas tu masukkan semua bahan perasa. Sos ikan kalau takde boleh ganti dengan garam. Tambah air jika kering sangat. Dah masak & asingkan dlm bekas lain.
- Lepas tu masukkan semula kuah ni dalam 3 senduk dalam kuali. Kemudian, masukkan seafood yang dah direbus awal tadi.
Comments
Post a Comment