PAU SAMBAL

OK, I dh try!

Step 1. 


Bahan A :
Pelembut doh home made. 
2 Sudu besar tepung gandum
1 cawan air
  1. Kacau dulu bagi sebati. 
  2. Kemudian, masak dengan api sederhana. 
  3. Kacau sehingga pekat. Tutup api dan biarkan sejuk.


................................................................................................................................................

Step 2.

Bahan B :
1 cawan air suam
1 paket yis mauripan
2 Sudu besar susu pekat manis
1 sudu besar gula
2 Sudu besar marjerin / mentega
  1. Kacau semua dan biarkan lebih kurang 10 minit. Pastikan tutup permukaan tu ye.


..................................................................................................................................................

Adunan doh

4 cawan tepung gandum
Sedikit garam
4 sudu besar susu tepung (option)

  1. Gaul semua ni. Dah siap Gaul. Masukkan sebiji telur. 
  2. Masukkan A ( pelembut doh) dalam 2 sudu besar dan tuang semua bahan B ( campuran yis). 
  3. Uli2 sampai sebati sampai melekat kat tangan. Masukkan 1/4 cawan air sejuk dan uli lagi. 
  4. Memang melekat lagi dan tambah tepung gandum sikit2. Uli2 sampai tak melekat di tangan.
  5. Dah siap, biarkan doh dalam bekas lebih kurang setengah jam atau lebih dan pastikan bekas ditutup.
  6. Dah Naik tinggi, tumbuk2 la bagi keluar angin. Bulat2kan doh..
  7. Goreng sehingga keperangan. Potong kepada dua tapi jangan sampai putus. Agak2 boleh sumbat sekeping timun dan sambal ikan bilis.


Kredit Resepi : Facebook Mawardah Norizan

Comments

Popular posts from this blog

AYAM MASAK KICAP DAUN KARI CHE WAN

KORDIAL PERISA STRAWBERRY

MY BFF NAIK PELAMIN PART II.