NASI AYAM GORENG BEREMPAH



Bahan-bahan:

Air Rebusan Ayam


  • ayam yang dipotong
  • 1 biji bawang besar (dihiris)
  • 1 inci halia (dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 kiub ayam 
  • sedikit garam

Nasi


  • 3 cawan beras 
  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1 inci halia (ditumbuk)
  • 1 helai daun pandan
  • Lemak dan kulit ayam (tips menyedapkan nasi ayam)
  • Air rebusan ayam
  • 2 titik sunquick (optional - untuk bagi nasi lembut dan wangi)
Ayam Goreng Berempah
  • 1 ekor ayam (dibersihkan dan dipotong sederhana)
  • Bahan2 dikisar bersama:-
  • 6 ulas bawang putih
  • 7 ulas bawang merah
  • 2 inci halia
  • 3 batang serai (yang besar)
  • 3 sb cili kering kisar/ cili boh (lebih/ kurang ikut citarasa)
  • 2 sb serbuk kari daging
  • 1/2 sk serbuk jintan putih
  • 1/2 sk serbuk jintan manis
  • 1/2 sk serbuk ketumbar
  • 1/2 sk rempah 5 spices (optional)
  • garam dan ajinomoto secukupnya
  • 3 tangkai daun kari
  • Minyak utk menggoreng
Cili Nasi Ayam


  • 4-5 tangkai cili merah
  • 2 ulas bawang putih
  • Air rebusan ayam
  • Sedikit perahan limau nipis
  • 2 sudu cuka (optional)
  • Garam secukup rasa


Kicap Nasi Ayam


  • 3 sudu kicap manis
  • Air rebusan ayam
  • Lebihan bahan perap ayam
Cara-cara:


Air Rebusan Ayam

1. Mula-mula masukkan bahan-bahan air rebusan ayam kedalam periuk berisi air. 
2. Masukkan ayam dan biarkan sehingga ayam masak
3. Setelah masak, keluarkan ayam.
4. Air rebusan ini boleh digunakan untuk memasak nasi dan membuat sup

Tips : Sambil tunggu air rebusan ni masak, korang boleh rendam beras terlebih dahulu  


Ayam Goreng Berempah

1. Campurkan semua bahan bersama ayam kecuali daun kari dan minyak. Gaul sebati dan biarkan perap selama 1 jam.
2. Panaskan minyak dlm kuali. Pastikan minyak berlebihan supaya ayam tenggelam ketika digoreng.
3. Masukkan ayam satu per satu dan goreng hingga masak. Taburkan daun kari bila dah 1/2 masak.
4. Aangkat dan toskan minyak berlebihan. 


Nasi Ayam

1. Panaskan sedikit minyak dan masukkan lemak ayam.
2. Kemudian buang lebihan lemak ayam dan masukan halia serta bawang putih yang ditumbuk tadi.
3. Masukkan daun pandan dan kiub ayam
4. Kemudian masukkan beras. Pastikan sukatan beras sama dengan sukatan air rebusan ayam.
5. Kacau beras tadi bersama-sama bahan tadi, kemudian masukkan air dan masak di dalam periuk nasi.
6. Tunggu sehingga nasi masak.


Cili Nasi Ayam

1. Kisar cili merah dan bawang putih bersama lebihan air rebusan ayam. Jangan terlalu banyak, ikut pada sukatan cili yang dikehendaki.

2. Masak di atas kuali, perahkan limau dan masukkan garam secukup rasa. 


Kicap Nasi Ayam


1. Campurkan lebihan bahan perap ayam dengan air rebusan ayam.
2. Masukkan sedikit kicap.


Sup Nasi Ayam


1. Masukkan daun sup yang telah dihiris

2. Boleh masukkan bawang goreng
   

Comments

Popular posts from this blog

AYAM MASAK KICAP DAUN KARI CHE WAN

KORDIAL PERISA STRAWBERRY

MY BFF NAIK PELAMIN PART II.