AYAM MASAK KICAP CHE WAN
BHN2:
Secubit jintan manis
2 batang kulit kayu manis, bunga lawang & cengkih
3 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
Seinci halia
Ayam yang sudah dipotong
Sedikit minyak masak
2 biji kentang yang sudah dipotong kecil
Sedikit air
Sedikit air asam jawa
Kicap mengikut rasa
CARA2:
1. Tumbuk sampai lumat jintan manis, kulit kayu manis, bunga lawang & cengkih. Asingkan.
2. Tumbuk bawang putih, merah & halia sampai lumat.
3. Gaulkan kesemua bahan dengan ayam yang sudah dipotong.
4. Panaskan kuali bersama sedikit minyak masak.
5. Masukkan ayam yang sudah digaul tadi dan kentang ke dalam kuali, tumis dan kacau2.
6. Masukkan sedikit air dan masak sehingga ayam lembut dan pecah minyak.
7. Masukkan sedikit air asam jawa dan kicap.
8. Kacau2 sehingga masak dan masukkan hirisan bawang besar dan cili merah.
Comments
Post a Comment