PIZZA ROTI

 

Ok oleh kerana teringin nk mkn pizza n xde sape nk teman g pizza, jom kita buat pizza dgn menggunakan roti. Tak la blh lwn pizza hut or domino but OK la kan dari kempunankan diri.
BAHAN-BAHAN :
1. Roti Gardenia
2. Keju
3. Sosej dicelur terlebih dahulu
4. Cendawan dipotong kecil dan celur (jika ada)
5. Sos Pasta/Spaghetti (jika ada kalau xda pun pakai jelah sos biasa cap Rohaya/Mudim/Life and so on ke)
6. Bawang Merah potong halus
7. Cili besar potong halus
8. Oregano Leaves (jika ada)
9. Parsley Leaves (jika ada)
10. Olive Oil (Sapukan sedikit pada kuali pemanggang) tapi aku xpakai pun minyak.
Cara-cara 
1. Sapu roti dengan sos pasta/spaghetti atau sos biasa, 
2. Kemudian letak semua bahan-bahan yang telah dipotong tadi, susun mengikut citarasa sendiri, barulah letakkan keju diatasnya dan bakar dengan api sederhana.
3. Untuk permulaan proses memasak, jangan tutup pemanggang ajaib tu, biarkan selama 2 minit. kemudian baru tutup dan kuatkan api sedikit untuk mencairkan keju tadi.
4. Tak perlu dimasak lama-lama jika tidak hangit roti tersebut. Masak ikut kesesuaian.

Sekian.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

AYAM MASAK KICAP DAUN KARI CHE WAN

KORDIAL PERISA STRAWBERRY

MY BFF NAIK PELAMIN PART II.