PUDING ROTI MARBLE
Bahan-bahan :
- Setengah agar-agar cap burung layang2
- 2 senduk gula pasir
- 3 suku cawan air
- 6 keping roti *
- 3 biji telur ayam*
- 1 cawan susu pekat manis*
- 1 sudu teh esen vanilla *
- 2 sudu besar majerin
- 2 sudu besar serbuk koko ATAU 1/4 cawan serbuk milo
- 1 atau 2 pewarna kesukaan
Cara-cara :
- Masak agar-agar bersama air di atas api dapur sehingga agar2 hancur.
- Masukkan gula. Kacau sehingga gula larut.
- Sementara itu, masukkan bahan-bahan bertanda * ke dalam blender dan kisar halus.
- Tuang bahan kisar ke dalam larutan agar-agar yang mendidih.
- Kacau sentiasa hingga larutan agak pekat.
- Masukkan majerin dan kacau hingga larutan menggelegak. Tutup api dapur.
- Bahagi larutan puding kepada 2 bahagian. Satu bahagian dicampurkan dengan serbuk koko dan digaul sebati, dan satu bahagian dibiarkan dengan warna asal atau boleh juga kalau nak diwarnakan.
- Basahkan loyang atau acuan pilihan dan sendukkan larutan puding berselang-seli setiap bahagian. Sendukkan adunan terus menerus, maknanya tak perlu tunggu keras adunan yang dah disendukkan ke dalam loyang tu.
- Lorekkan dengan lidi agar coraknya seperti marble.
- Masukkan ke dalam peti sejuk. Hidangkan sejuk-sejuk memang sedap.
Comments
Post a Comment