LAKSA CHE WAN



Bahan-bahan:

  • Laksa Beras (Direndam terlebih dahulu)
  • Ikan Sardin (Direbus, kemudian perisi {loghat org utara}/ambil isinya, Asingkan isi dan tulang. Blend isi ikan dahulu & ketepikan, kemudian blend pula tulangnya. Haruslah tapis hasil blend tulang ketika tuang ke dlm periuk)
  • Bawang Besar*
  • Belacan*
  • Cili Kering*
  • 2-3 keping Asam Keping
  • Bunga Kantan - dibelah 4
  • Daun Kesum
  • Garam
Bahan-bahan ulam:
  • Timun, dipotong nipis dan memanjang
  • Daun salad, dipotong nipis
  • Cili padi atau cili merah dipotong nipis
  • Bawang besar, dimayang halus.(selepas potong, diramas2 agar ia lembut dan tidak keras.
  • TAMBAHAN : Telur rebus dibahagi dua atau klu kedekut potong nipis2
                           (Dihidang dlm bekas yg ada "section")

Cara-cara:
  • Bahan bertanda * dikisar halus. Then, masukkan ke dlm periuk.
  • Isi ikan dan tulang yg telah diblend dimasukkan bersama dgn asam keping, daun kesum & bunga kantan ke dlm periuk.
  • Masak dgn api pelahan dan biarkan merenih buat seketika.
  • Masukkan garam and kacau. Siap.
  • Utk laksa pula, direbus sehingga strukturnya lembut.

                                                            SEKIAN

Comments

Popular posts from this blog

AYAM MASAK KICAP DAUN KARI CHE WAN

KORDIAL PERISA STRAWBERRY

MY BFF NAIK PELAMIN PART II.