JOM GELAK II!


Seorang lelaki tengah bawak kereta ,
tiba2 ada seorang perempuan bawak kereta potong kereta dia .

Lelaki tuu jerit '' woi woi Lembuuuuuuuu '' !!
Perempuan tuu balas balik '' hang tuu kambing, keldai, monyet, orang utan " !!...

Tiba2 perempuan tuu eksiden terlanggar sekawan lembu ,

Lelaki : kan aku cakap LEMBU,LEMBU ! tuu laa x nak dengar
..............................................................................................................................

Di suatu pagi yang indah di sebuah sekolah Mawar Rashid

Cikgu: Siapa nama kamu ?
Husin : Husin !
Cikgu: Nama panjang?...
Husin: Manalah saya tahu cikgu,saya bukan panjang, saya Husin
Cikgu: @!$@%^#@@#%
..............................................................................................................................
Terlebih tengok cite P.Ramlee.. ni la jadinya hahahha

................................................................................................................................

Pakwe: "Sayang, u kentut ya?"

Makwe: "ha ah I kentut, sorry yer...."

Pakwe: "Bau dia macam perfume Paris!...

Makwe:"Kenapa...wangi yer?"

Pakwe:"Bukan.. Tahan lama!"
..................................................................................................................................
Pasangan yang mempunyai anak 3 orang ini hendak bercerai tapi sebelum itu mereka bersetuju memberi peluang kepada anak-anak mereka membuat pilhan samada ikut Mak atau Abah.

Isteri : Abang nak ikut abah ke mak?
Anak no1: NAk ikut Mak!
Isteri : Kakak nak ikut abah ke mak?...
Anak no2: Nak ikut Mak!
Isteri : Adik nak ikut abah ke mak?
Anak no 3 : Nak ikut mak!
Suami : Ooo...iii! kalau semua nak ikut mak, abah pun nak ikut mak lah!

..........................................................................................................................................

Bil telefon sebuah keluarga naik melambung. Suami telah memanggil semua ahli keluarga untuk berbincang;

Suami : Ini dah melampau. Gunakan telefon sesuka hati. Ayah tak gunakan telefon rumah, ayah gunakan telefon tempat ayah bekerja.

Isteri : Saya pun sama juga, gunakan telefon tempat saya bekerja....

Anak : Oh sori..saya gunakan SMS sahaja. Untuk panggilan saya gunakan telefon tempat saya bekerja juga.

Orang Gaji: Jadi apa masalahnya? Semua orang gunakan telefon tempat bekerja. Sama juga dengan saya

**mata masing2 pandang kat muka orang gaji tanpa berpaling**

...........................................................................................................................................

 
 

 
 
 

Comments

Popular posts from this blog

AYAM MASAK KICAP DAUN KARI CHE WAN

KORDIAL PERISA STRAWBERRY

MY BFF NAIK PELAMIN PART II.