KEK PANDAN BIASA
Kek Pandan Biasa
Bahan-bahan :
1 cawan marjerin
1 cawan gula halus
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh perisa pandan
1 sudu besar baking powder
5 biji telur (dipukul)
Pewarna hijau
Cara Membuatnya
1. Pukul marjerin dan gula sehingga kembang.
2. Ayak tepung gandum bersama baking powder.
3. Apabila sudah kembang, masukkan perisa pandan dan sedikit
pewarna hijau.
4. Masukkan telur yang telah dipukul. Kacau.
5. Akhir sekali, masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kacau
hingga sebati.
6. Sapu permukaan loyang dengan marjerin agar kek tidak
melekat. Setelah itu tuang adunan ke dalam loyang.
7. Bakar hingga masak
Kek Coklat Versi Sukatan Cawan
Bahan-bahan :
¾ cawan tepung gandum
6-7 sudu besar serbuk koko
½ cawan marjerin
¾ cawan gula halus
3 biji telur (dipukul hingga kembang)
1 camca teh serbuk penaik
Cara Membuatnya :
1. Pertama sekali, pastikan cawan yang anda gunakan untuk
menyukat ialah dengan menggunakan cawan seperti di bawah.
2. Ayak tepung gandum bersama serbuk koko dan juga serbuk
penaik. Ketepikan dahulu.
3. Putar marjerin dan gula halus hingga kembang dan putih.
4. Masukkan telur yang dipukul dan putar lagi.
5. Kaupkan campuran tepung tadi dengan sudu logam sedikit
demi sedikit sehingga sebati.
6. Masukkan adunan ke dalam bekas atau acuan kertas.
7. Ketuhar mesti dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180
0C.
8. Bakar sehingga masak dan sedia untuk dihidang.
Sumber: Sarimah Kadri
Heheh xtau nk simpan dlm mane, nk delete sayang lak...
Comments
Post a Comment