NASI GORENG TELUR & UDANG

Bahan-bahan:
 12-15 ekor udang
 3 biji bawang putih
 1 biji bawang kuning
 1 cawan sayur campuran
 2 biji telur
 3 cawan nasi putih sejuk (leftover)
 5 sudu besar kicap cair
 3 sudu besar sos tiram
 Minyak bijan secukup rasa
 Lada putih secukup rasa
 Garam secukup rasa

Cara:
1. Dalam kuali, panaskan minyak dan goreng udang sehingga separuh masak. Ketepikan.
2. Dalam kuali yang sama, masukkan bawang putih, bawang kuning, dan tumis sehingga wangi.
3. Masukkan sayur campuran dan goreng seketika. Tolak sayur ke tepi kuali dan masukkan telur. Hancurkan telur.
4. Masukkan nasi putih leftover dan gaul.
5. Masukkan kicap cair, sos tiram, minyak bijan, lada putih & garam. Gaul sehingga rata.

Sumber : Facebook Seismik Makan

Comments

Popular posts from this blog

AYAM MASAK KICAP DAUN KARI CHE WAN

KORDIAL PERISA STRAWBERRY

MY BFF NAIK PELAMIN PART II.