KOLEKSI RESEPI NASI GORENG


NASI GORENG CILI KERING

BHN2:
Segenggam cili kering (potong halus buang biji dan rendam air panas sikit)
Segenggam ikan bilis
1 biji bawang besar
3 biji bwg putih
Tumbuk sampai lumat
Telur 2 biji..goreng hancur siap siap..letak tepi

CARA2:
1. Tumis bahan bahan tu sampai naik bau.
2. Masukkan perasa, nasi dan kacau sebati.
3. Kemudian, masukkan telur hancur.


NASI GORENG CILI PADI IKAN TUMBUK

BHN2:
1 pinggan nasi putih
Ikan goreng (asingkan isinya)
*10 tangkai cili api
*1 biji bwng besar-hiris
*3 ulas bwng putih
2 biji telur
kacang pnjng
Kubis
Garam & perasa

CARA2:
1. Panaskan sedikit minyak & goreng sekejap bahan bertanda * bila dh agak layu, angkat.
2. Tumbuk kasar bhn yg dh d goreng td.
3. Kemudian, masukkan isi ikan dan tumbuk jgn hancur sgt.
4. Tumis semua bhn yg dh d tumbuk.
5. Masukkan garam & perasa.
6. Masukkan sayur dan pecahkan telur.
7. Bila telur dh separuh masak, masukkan nasi putih.
8. Kacau rata dan biarkan nasi agak garing sedikit..


NASI GORENG KAILAN
IKAN MASIN

BHN2:
Nasi putih 1 mangkuk besar
Sayur kailan (agak2)
Ikan masin kurau@Talang (agak2)
Telur 1 biji
Bawang besar 1 biji (cincang)
Cili padi 4 biji (cincang)
Kiub pati ayam
Minyak bijan
Gula garam secukup rasa

CARA2:
1. Ikan masin basuh dan cincang pastu goreng, angkat dulu.
2. Goreng telur sambil hancur2kan, angkat dulu.
3. Tumis bawang dan cili padi.
4. Masukkan nasi, kailan dan semua bahan2.
5. Masak sampai kering.



NASI GORENG TOMYAM

BHN2:
1 mangkuk nasi
3 tbsp perencah tomyam adabi

1 batang serai

3 tbsp bawan putih
3 tbsp bawang rose
Secukupnya cili padi
3 helai daun limau purut
1 cawan daging ayam
Secukupnya udang
Secukupnya sayur kegemaran
Secukupnya jus limau
Secukupnya minyak
Secukupnya gula dan garam

CARA2:
1. Bawang putih dan bawang roses ditumbuk hingga lumat. Ketuk cili padi dan serai.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih, bawang rose cili padi dan serai hingga naik bau.
3. Masukkan paste tomyam dan gaul sebati. Masukkan Udang dan Ayam. Biarkan hingga masak dan sesekali dikacau agar tidak hangit.
4. Masukkan sayur, gula, garam dan jus limau. Kemudian masukkan sayur dan goreng hingga sedikit layu.
5. Masukkan nasi, perasakan jika kurang, tambah perasa apa yang perlu. Goreng hingga nasi nampak kering.


NASI GORENG PAPRIK

BHN2:
5 pinggan nasi putih panas

1/2 kilo isi ayam/daging

6 biji cili api, dihiris
3 ulas bawang merah, dimayang halus
2 ulas bawang putih, dimayang
1/2 btg serai dihiris
5 sudu sos cili
2 sudu sos tomato
1 sudu sos tiram
3 btg kacang panjang dipotong
2 sudu bawang goreng
Garam secukup rasa
sedikit minyak masak

CARA2:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih. 
2. Bila kekuningan, masukkan cili api. 
3. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, serai dan sedikit air selepas menggelegak, masukkan isi ayam/daging.
4. Masukkan garam secukup rasa kemudian kacang panjang dan nasi putih. Goreng selama 3 minit. 



NASI GORENG PAPRIK ALA THAI

BHN2 NASI:
3 mangkuk nasi
2 biji bawang merah (hiris)
3 ulas bawang putih (cincang halus)
2 seduk kecil cili kering blender
1 sudu besar paste tomyam
isi ayam (ikut selera)
sayur kubis (ikut selera)
2 sudu besar minyak masak
garam gula secukup rasa

BHN2 PAPRIK CAMPUR:
Sedikit udang, sotong, hirisan isi ayam
2 ulas bawang putih (dicincang)
2 helai daun limau purut
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar cili giling
1 sudu besar sos tomato
sayur-sayuran (contoh kubis bunga, carrot, kacang panjang)
garam dan gula secukup rasa
4 biji cili padi (diketuk)

CARA2:

Nasi Goreng –

1. Tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga naik bau, kemudian masukan cili blender dan sedikit air biar dia mendidih dan kering skit.
2. Masukkan ayam dan paste tomyam, kalau kering masukan sedikit air, kacau dan biarkan sehingga ayam masak.
3. Masukkan garam secukup rasa dan biarkan sehingga bahan-bahan tadi sedikit kering, barulah dimasukkan nasi.
4. Gaul hingga sebati, kemudian masukkan kubis dan gaul lagi hingga sekata. Goreng sehingga masak.

Paprik campur –

1. Tumiskan bawang putih hingga naik bau, kemudian masukkan cili giling dan tumis sampai garing.
2. Masukkan sos tiram, sos tomato dan sedikit air dan kacau hingga sebati.
3. Masukkan udang, ayam dan sotong. Gaul sehinngga masak jika perlu tambahkan sikit air.
4. Bila semua bahan sudah empuk, boleh masukkan cili padi, daun limau purut dan sayur-sayuran.
5. Gaul hingga masak kemudian boleh tutup api. Hdangkan bersama nasi goreng tadi dan telur dadar goreng.


NASI GORENG KAMPUNG
.
BHN2:
 3 cawan nasi
6 ekor udang, dibuang kulit
2 ekor sotong, dipotong bulat
 3 ulas bawang merah
 3 ulas bawan putih
 6 biji cili padi
 1/2 ikat sayur kangkung
 1 mangkuk kecil karot, didadu
 1 sudu besar sos ikan
 1 sudu besar sos tiram
 1 biji telur
 2 ketul fish cake, putong dadu
 ikan bilis goreng
 serbuk lada sulah
garam dan gula secukup rasa

Bahan untuk tumbuk kasar :
 3 ulas bawang merah
 3 ulas bawan putih
 6 biji cili padi

CARA2 :
1. Panaskan minyak, tumiskan bahan tumbuk kasar sehingga naik bau.
2. Masukkan carot, udang, sotong sos, fish cake, tiram dan sos ikan. Masak seketika.
3. Masukkan batang kangkung yang dipotong. Kemudian masukkan nasi dan kacau sehingga sebati. Selepas itu buat lubang di tengah nasi goreng dan masukkan telur. Biar telur masak seketika dan hancurkan sebelum dikacau sebati bersama nasi goreng.
4. Masukkan daun kangkung, serbuk lada sulah garam dan gula secukup rasa. Kacau sehingga nasi sebati dan garing.
5. Taburkan dengan ikan bilis goreng diatas sebelum hidang.



NASI GORENG HAILAM


BHN2:

Nasi Goreng –

Nasi putih
2 ulas bawang putih (dicincang)
Kicap secukup rasa
Garam secukup rasa

Bahan Kuah Hailam –

1/2 kiub ayam
5-6 ekor udang
2 cawan air
1 sd besar tepung jagung (larutkan dengan sedikit air)
2 sd besar sos tiram
Sedikit serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
Sayur-sayuran (kobis, kobis bunga, cendawan butang, tofu dll)

CARA2:

Nasi Goreng –

1. Tumiskan bawang putih dengan sedikit minyak. Masukkan nasi dan goreng rata.
2. Masukkan kicap dan garam secukup rasa. Goreng sehingga kicap sebati dengan nasi.
3. Ketepikan/ boleh letakkan terus di atas pinggan.

Kuah Hailam –

1. Masukkan air ke dalam kuali. Masukkan kiub ayam. Biarkan air mendidih.
2. Masukkan udang, serbuk lada hitam, sos tiram.
3. Bila udang agak masak, masukkan sayuran dan rasakan garam.
4. Bila sayuran dah start mendidih, masukkan tepung jagung.
5. Kacau rata sehingga kuah menjadi likat.
6. Kemudian boleh diangkat dan tuang ke dalam pinggan nasi tadi.



NASI GORENG SEAFOOD SPECIAL

BHN2:
2-3 mangkuk nasi putih
1 biji bawang merah - saiz besar (ditumbuk)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
Sedikit sawi (dipotong)
1 genggam isi kerang
5-6 ekor udang (sederhana besar)
4-5 ekor sotong (dipotong bulat)
1 sudu besar sambal belacan (Ida just guna sambal belacan segera adabi)
1 sudu cili giling
1 sudu besar sos tiram
2-3 biji cili padi (jika mahu pedas)
Sedikit minyak masak/minyak bijan
Garam dan secukup rasa
Daun sup dan timun (untuk hiasan)

CARA2:
1. Panaskan sedikit minyak. Tumiskan bawang yang ditumbuk sehingga naik bau.
2. Masukkan sambal belacan, cili giling dan cili padi yang diketuk/hiris. Kacau rata.
3. Kemudian masukkan sos tiram dan kacau lagi.
4. Selepas itu masukkan isi kerang, sotong dan udang. Biarkan masak seketika.
5. Tambahkan garam, dan serbuk perasa secukupnya.
6. Kemudian masukkan sayur, biarkan layu sedikit.
7. Akhir sekali, masukkan nasi dan gaul sekata. Boleh padamkan api.
8. Hiaskan dengan daun sup dan timun.


NASI GORENG KAMPUNG DAUN HIJAU

BHN2:
4 sb minyak tumis

1 ulas bawang merah - dihiris
1 biji telur - dipukul kembang
2 sb sambal belacan kampung
2 sb sambal bilis ketuk
2 cwn nasi
1 sk garam
Segenggam sayur kangkung - dipotong
Segenggam ikan bilis goreng -

CARA2:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang hingga wangi, tuangkan telur dan kacau hingga masak. -
2. Masukkan 2 cawan nasi bersama sambal, kacau rata dan goreng selama 2 minit.
3. Masukkan sayur kangkung dan garam, balik2 hingga sayur bertukar warna sedikit. Ok Siap.
4. Hidang kan bersama taburan ikan bilis goreng dan daun sup. 



RESEPI NASI GORENG USA

BHN2 NASI:
6 cawan nasi - yang diperoikan
4 ulas bawang putih - diketuk
1 biji bawang besar - dihiris memanjang
3 s/b cili - nak pedas tambah lagi
Sedikit bawang besar kisar
2 s/b sos tiram
1 s/k pati ayam
1 cawan mix vege
Garam secukup rasa
Sedikit minyak masak

CARA2:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih sehingga naik bau. Kemudian masukkan bawang besar dan cili bwg kisar dan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan pati ayam, sos tiram, sikit garam dan mix vege. Kacau rata.
3. Masukkan nasi dan gaul sehingga rata. Rasakan garamnya jika kurang masin boleh taburkan sikit garam dan gaul lagi, bila dah secukup rasa boleh la diangkat.

BHN2 DAGING MASAK MERAH:
400 gm daging - direbus hingga empuk dan dihiris nipis agak lebar sikit
3 ulas bawang putih - diketuk
1 biji bawang besar holland - dihiris memanjang
1 biji kecil capsicum - dipotong dadu, tak kisah warna apa
4 urat kacang panjang - dikerat 2 inci panjang
1 biji tomato - dipotong baji, boleh tambah carrot dan cauliflower juga kalau suka
4 s/b cili kisar
Sedikit bawang besar kisar
4 s/b sos cili
2 s/b sos tiram
Sedikit air rebusan daging
Garam
Serbuk perasa - jika suka
Minyak untuk menumis

CARA2:
1. Tumis bawang putih hingga wangi, masukkan cili bawang kisar dan tumis hingga agak garing.
2. Masukkan daging dan sedikit air rebusan daging dan biarkan seketika.
3. Masukkan sos cili, sos tiram, capsicum, kacang panjang dan bawang besar, gaul rata.
4. Tambah sikit garam dan serbuk perasa dan akhir sekali masukkan tomato. Kacau2 sekejap, dah siap dan sedia dihidangkan bersama nasi goreng serta bahan pelengkapnya.

BHN2 PELENGKAP:

Telur mata
Salad atau hirisan timun dan tomato
Keropok ikan


NASI GORENG SEAFOOD

BHN2:
2-3 mangkuk nasi putih
1 biji bawang merah – saiz besar (ditumbuk)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
Sedikit sawi (dipotong)
1 genggam isi kerang
5-6 ekor udang (sederhana besar)
4-5 ekor sotong (dipotong bulat)
1 sudu besar sambal belacan (Ida just guna sambal belacan segera adabi)
1 sudu cili giling
1 sudu besar sos tiram
2-3 biji cili padi (jika mahu pedas)
Sedikit minyak masak/minyak bijan
Garam dan secukup rasa
Daun sup dan timun (untuk hiasan)
CARA2:
1. Panaskan sedikit minyak. Tumiskan bawang yang ditumbuk sehingga naik bau.
2. Masukkan sambal belacan, cili giling dan cili padi yang diketuk/hiris. Kacau rata.
3. Kemudian masukkan sos tiram dan kacau lagi. Selepas itu masukkan isi kerang, sotong dan udang. Biarkan masak seketika.
4. Tambahkan garam, dan serbuk perasa secukupnya. Kemudian masukkan sayur, biarkan layu sedikit.
5. Akhir sekali, masukkan nasi dan gaul sekata. Boleh padamkan api. Hiaskan dengan daun sup dan timun.



NASI GORENG AYAM KUNYIT

BHN2 AYAM KUNYIT:

1/2 ekor ayam (potong kecil dan bersihkan)
1 labu bawang besar
4 Batang kacang panjang
4 batang jagung muda
Carot
Cili api/merah
2 Ulas bawang putih (kisar)
1 sudu sos tiram

CARA2:
1. Lumurkan ayam dengan garam dan kunyit ( lebih sedikit). Goreng garing.
2.Gunakan sedikit minyak lebihan mengoreng tadi dan tumis bawang putih.
3. Masukkan semua sayur kecuali cili dan bawang besar. Tuangkan 1/4 cawan air, sos tiram dan garam. Masak sebentar dan masukkan ayam serta bawang besardan cili.
4. Gaul rata dan angkat.

Nota: Lumurkan kunyit lebih dari biasa pada ayam.


BHN2 NASI:
1 mangkuk besar nasi
3 Biji cili merah*(tambah cili api jika suka pedas @ buang biji cili utk anak2)
6 Ulas bawang merah*
2 Ulas bawang putih*
Segenggam ikan bilis* (rendam)
2 Biji telur
1/2 kiub ayam

CARA2:
1. Kisar bahan yang bertanda * (tumbuk lebih baik)
2. Tumis bahan yang dikisar hingga naik bau/kekuningan menggunakan sedikit minyak lebihan menggoreng ayam tadi.. Masukkan garam secukup rasa dan juga kiub ayam..
3. Masukkan nasi dan kacau rata.Kuak sedikit nasi dan pecahkan telur . Rata-ratakan supaya telur masak.Gaul rata bersama nasi sebentar dan bolehlah diangkat.

Nota: Lebihan minyak berkunyit akan mewarnakan nasi.



NASI GORENG PETAI

BHN2:
4 cawan nasi sejuk - gemburkan
Udang/sotong/aym/dgg - ikut suka * sy ltk sotong je
kacang panjang/ karet - di racik halus * sayur ikut suka juga
1/2 cawan petai (telah di kopek)
2 biji telur - di kocak sambil lalu
Perasa, garam, gula
minyak untuk menumis

PES SAMBAL (kisar halus)
5 biji cili merah
3 biji cili padi
4 cm belacan
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah

CARA2:
1. Tuang minyak ke dalam kuali, tumis pes sambal yang di kisar dan kacau hingga wangi.
2. Masukkan pula udang dan sotong, kacau sebentar
3. Masukkan kacang panjang dan petai, kacau lagi hingga sebati, masukan telur yg di kocak gaul perasakan dgn garam, gula dan masukan nasi tersebut gaul bg semua mesra . Jika sudah secukup rasa, matikan api sdia d hidangkan.


Sumber : Facebook Ilham Resepi







Comments

Popular posts from this blog

AYAM MASAK KICAP DAUN KARI CHE WAN

KORDIAL PERISA STRAWBERRY

MY BFF NAIK PELAMIN PART II.